"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Sunday 22 September 2019

Pengalaman Bersalin Anak ke-3

Assalam..

Dah 2 tahun bersawang blog ni rupanya. Tetiba teringat nk tengok balik.  Cari kenangan mengandungkan Aliff  & ammar dulu. Huhu..

Sementara masih ingat lg, baik kucoretkan sikit cerita masa bersalinkn puteriku. Adik pd Aliff  & ammar. Walaupun dah 2 tahun,  masih segar lg dlm ingatan. .Hehe

Alkisahnya aku diarahkn bertukar pejabat dr putrajaya ke Kuala Lumpur pd awal Mei 2017. Masa tu baru lebih kurang setahun pindah dr melaka ke putrajaya.. Mmg dasar jabatan tmpt kerja pegawai perlu ditukarkn ke cawangan/ pejabat lain apabila cukup tempoh bertugas/ dpt kenaikan pangkat. Syukur sgt masa tu sbb bila dpt tukar KL,  dekat sikitla nk berulang dr rumah ke pej baru di KL. Rezeki Baby dlm kandungan. Alhamdulillah.

Masa lapor diri di pej baru, kandungan dah Masuk 30 minggu Klau x silap. Masih menjalani rutin ke klinik seminggu sekali ambil bacaan tekanan darah (BP) sbb masa buka buku Pink bacaan BP tinggi & ada history BP tinggi masa mengandungkan anak no. 2 dulu. So, mmg kena pantau sampai ke tarikh bersalin. Ubat mmg Dr xde bg sbb bacaan BP tu masih terkawal. Risau juga masa tu takut kena paksa bersalin awal sbb darah tinggi ni.

Hujung mei 2017, mulalah bulan ramadhan. Walaupun dah sarat masa tu, larat lg nk berpuasa dgn harapan dpt puasa penuhla kan.. EDD 2/7/17, lebih kurang seminggu selepas Hari Raya. Bersalin Kali ni mmg xnk ambil cuti awal. Cuma kebetulan dekat dgn Hari Raya, so, ambikla 1 hari cuti Hari jumaat 23/6/17. Klau x silap Raya jatuh pd 25/6/17.

Hari khamis 22/6/17, Hari last kat ofis sebelum cuti nk Raya.. Sempat bergambar raya dan bermaaf2an dgn kawan2 kat ofis.. Semangat nk beraya la katakan. Haha. Siang tu kat ofis dah rasa sakit2 pinggang x senang duduk.. Tp buat xtau je. Magrib tu buka puasa mkn roti canai sekeping.. Xde selera pulak.. Tetiba dlm pukul 9 mlm camtu, eh knapa tiba2 rasa mcm contraction ni.. Baby nk kuar ke ni.. Huhu. Makin lama makin sakit & kerap. Bgtahu kat husben suruh ready.. Haha. Mmg terkojut la dia sbb due date 10 hari lg ni.. Semua org dah sibuk nk beraya plak tu.

Terus telepon kakak Kat serdang, minta tolong ambil Aliff n ammar sebab nk kena pegi hospital ampang time tu jugak. Dlm pukul 12 tgh mlm, kakak sampai & ambil diorang. Aku & husben terus pecut ke hospital. Nasib baik jln lengang dah tgh mlm.  Pukul 12.10 sampai hospital. Pegi tempat saringan bersalin tu, tukar baju hospital. Nurse suruh baring dulu tunggu Dr dtg cek bukaan. OK. Tp masa tu mcm baby dah nk kuar je rasanya. Panggil Dr,  bgtahu sakit sgt ni. Dr pon dtg & cek. Tiba2 dia jerit dah full ni.. Terkejut jugak. Terus jadi kelam kabut semua. X sempat pasang2 mesin kat perut.. Terus kena tolak Katil tu  laju2 ke labour room.

On d way tu, Nurse suruh tahan, jgn teran dulu.. Aku dah sakit sgt ni tp thn2 jugakla tak teran. Nurse suruh mengiring aku pon mengiring sambil kena tolak ke labour room. Masa tu husben tgh cari parking dgn ambil beg kat kereta lepas turunkn kat tempat screening td tu. Sampai2 je kat labour room, air ketuban pecah sendiri. Terus bgtahu nurse. Nurse kata jgn teran dulu, pindah katil dulu baru teran. Alamak kena tukar Katil la pulak.. Elok je tukar katil labor room tu,  aku terus teran. Sekali Teran, baby keluar. Cepat sgt semuanya. Dlm pukul 12.30 pagi 23/6/17. Husben x sempat naik ke labour room pon. Nurse tegur.. Dia kata mudahnya awak bersalin.. Syukur alhamdulillah. Baby 2.45 kg je sbb tu senang keluarnya kot.

Alya Husna @2 yrs old

Alya husna nama diberi. Now dah 2 tahun lebih dan akan jadi kakak tak lama lg. Walaupun dilahirkan kecik sikit tp dialah yg paling kuat makan n bambam berbanding abg2nya. Semoga terus membesar sihat dah jadi anak solehah penyejuk hati ibu ayah..

No comments:

Post a Comment