"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Friday 21 March 2014

MH370: Laporan Hari Ke-14

KUALA LUMPUR: Malaysia terus menerima bantuan teknologi dan kepakaran dari negara luar dalam usaha mencari pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal semasa dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur.
 
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberitahu sebanyak lima buah kapal telah dikerahkan oleh negara China termasuk beberapa bantuan lain yang telah tiba di pada jam 11 pagi.

Sementara itu, Jepun turut menghantar bantuan iaitu dua buah P3 Orion dalam usaha menjejaki pesawat MH370 di koridor selatan.

“Pagi tadi saya sempat bercakap dengan Pemangku Suruhanjaya Tinggi Britain untuk mengesahkan Perdana Menteri telah bercakap dengan Perdana Menteri Britain di mana MHS Echo telah pun dalam perjalanan menuju ke bahagian selatan Lautan Hindi.

“Pihak British juga akan menyediakan satu senarai kemungkinan aset yang dapat mereka sediakan jika diperlukan. Tambahan daripada bantuan teknikal, mereka juga telah mengesahkan mereka akan menyediakan khidmat pakar serta bantuan penyiasatan,” kata Hishammuddin.

Dalam pada itu, Hishammuddin yang juga merupakan Menteri Pertahanan berkata, Perancis turut menawarkan bantuan serta kepakaran individu yang telah mengetuai siasatan mencari pesawat Air France 447 yang terhempas pada 2009.

“Sekitar jam 9.15 malam ini saya akan bercakap dengan Setiausaha Pertahanan AS bagi meminta bantuan dalam usaha pencarian ini termasuk kenderaan kawalan jauh untuk misi pencarian laut dalam,” tambahnya.

Dalam sidang media yang sama, Hishammuddin turut memberitahu bahawa penumpang etnik Uyghur berusia 35 tahun yang sebelum ini disiasat telah disahkan oleh Polis Ukrain bahawa siasatan ke atas latar belakangnya tiada kaitan dengan sebarang kegiatan jenayah mahupun keganasan.-Lapor Astro Awani

No comments:

Post a Comment