"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Saturday 29 March 2014

Macam Mana Nak Tanam Rumput

Sebenarnya masa tanam rumput karpet kat laman depan rumah tahun lepas, main redah je, tak rujuk mana-mana.. guna logik2 akal je.. Alhamdulillah, tumbuh subur macam gambar kat bawah ni.. tapi yang rumput liar pon sama subur... aduhaii.


Minggu lepas baru mula tanam rumput 'cowgrass' kat laman tepi rumah pulak.. (guna kaedah plug).. harap2, tumbuh dengan jayanya..

Amaran: 5PS (Cerita Pokok Sahaja)… sape tak minat pasal rumput2/ berkebun ni takyah baca cerita seterusnya kat bawah ni.. kang boring pulak..

Nota pasal rumput kat bawah ni untuk panduan aku sendiri. (Ditulis berdasarkan analisis maklumat2 tentang rumput yg aku baca dlm laman2 web dan majalah, sape nak ikut boleh, tapi tanggung sendirila hasilnya).. hehe

Fasa 1:  Penyediaan Tapak

Fasa 2:  Penanaman Rumput

Ada 3 jenis kaedah penanaman rumput:
1. Biji benih
2. Sod atau plug
3. Sprig atau stolon

http://mynormas.files.wordpress.com/2010/12/gambar-utk-penanaman-sod1.jpg
Penanaman cara sod

http://mynormas.files.wordpress.com/2010/12/gambar-utk-penanaman-stolon.jpg
Penanaman cara stolon
http://mynormas.files.wordpress.com/2010/12/planting-by-sprig-001.jpg
Penanaman cara plug
Stolon ialah sebahagian dari akar rumput yang masih boleh tumbuh.
Sprig boleh dikatakan bahagian yang lebih kecil dari sod. Sprig biasanya tiada tanah.
Sod ialah sekeping tanah yang mempunyai rumput. Biasanya di beli dengan keluasan 1- 2 kaki persegi dari nursery.

Cara sod kebaikan nya ialah rumput lebih tahan kalau lambat siram, dan bila hujan lebat tak lah dia senang sangat hanyut. Cara ini juga kadang2 dipanggil sebagai “close turfing”. Sod boleh dibeli dari nursery dan mencerai-ceraikannya dgn parang (atau tangan), membasuh-buang tanah dengan air untuk menjadikan sprig yang digunakan untuk tanam.

Cara bijibenih jarang digunakan di Malaysia.  Bijibenih rumput biasanya diimport, dan lazimnya segala tanaman dari bijibenih belum tentu terjamin perwatakan “anak” sama seperti apa yang kita inginkan.

Fasa 3: Penyenggaraan


Penyenggaran rumput termasuklah:
1. Membaja. Baja sikit tapi selalu.
2. Potong.  Potong sebaik saja rumput tersebut cukup tinggi untuk dipotong.  Biasanya dalam 10mm. Lebih kerap rumput dipotong, lebih rapat ia tumbuh.
3. Merumpai (weeding). Selalu lah merumpai rumput liar.  Jangan guna racun hingga tahun kedua.

Sumber rujukan :  Majalah Impiana LAMAN, Pakar Rumput (http://mynormas.com).. TQVM

No comments:

Post a Comment