"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Friday 19 September 2014

MH17: RM97.1 Juta Cari Dalang

Kuala Lumpur: Seorang individu tidak dikenali mendepositkan sejumlah AS$30 juta (RM97.1 juta) ke akaun sebuah firma penyiasatan persendirian di Jerman untuk diberi kepada mana-mana pihak yang dapat memberi bukti dalang yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MAS penerbangan MH17 pada 17 Julai lalu.

Menurut laporan portal berita The Local edisi Jerman, wang tawaran itu diserahkan kepada sebuah firma yang berpusat di Schleswig-Holstein di Utara Jerman iaitu Wifka.

Wifka dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam laman webnya, kelmarin menyatakan penderma itu mahukan kepastian siapa yang bertanggungjawab dalam memberikan arahan untuk menembak jatuh pesawat itu dan senjata yang digunakan.

Wifka turut memberi jaminan bahawa orang yang mendedahkan kebenaran itu akan diberikan identiti baru sebagai langkah perlindungan.

“Sesiapa yang memberikan bukti dalam mengenal pasti dalang kejadian itu akan diberikan ganjaran sebanyak AS$30 juta. Wang hadiah itu kini disimpan di Zurich, Switzerland,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut sejak kejadian di Timur Ukraine yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal itu semua mangsa memerlukan pembelaan dan masyarakat antarabangsa mahukan jawapan mengenai pihak yang bertanggungjawab.-Lapor Harian Metro

No comments:

Post a Comment