"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Saturday 12 April 2014

15 Sebab Mengapa Haid Datang Lewat

Bulan ni tak datang bulan lagi.. alamak.. risau ke gembira ni?... sejak bersalinkan si Aliff pada Jun 2012 sampailah Aliff genap 1 tahun 5 bulan, memang tak dtg bulan. Lepas tu baru ada balik.. tapi kitarannya dah x macam sebelum kawin dulu.. jadi tak menentu. Mari kita buat researh kat internet.. Kalau lepas 2 bulan tak datang haid juga, kene g buat UPT.. hehe

Kenapa Haid datang lewat

Ia juga boleh dikenali sebagai Amenorea dalam istilah perubatan. Risau haid datang lewat? Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikir apabila tempoh haid anda lewat. Tetapi ini hanya salah satu sebab mengapa haid anda tidak datang. Terdapat banyak sebab yang menyebabkan haid anda tidak datang. Berikut adalah 15 sebab yang paling biasa mengapa haid datang lewat:

(1) Tekanan

Tekanan mental boleh mempengaruhi jumlah hormone (GnRH) yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid anda.

(2) Masalah kesihatan

Haid datang lewat boleh disebabkan oleh penyakit  seperti  PCOS atau deman panas yang memberikan tekanan fizikal boleh menganggu kedatangan haid anda.

(3) Kelebihan hormone prolaktin


Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur  dan menyebabkan haid anda lewat. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara, kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.

(4) Menyusu badan


Sekiranya anda menyusu badan, hormon dalam badan anda mungkin mengganggu dan menyebabkan haid datang lewat.

(5) Masalah kelenjar tiroid


Hormon tiroid juga boleh menganggu haid anda datang lewat dimana anda akan rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak.

(6) Perubahan dalam jadual

Ini terutamanya anda kerap bertukar syif dan tidak mempunyai kitaran yang teratur boleh menganggu sistem badan anda dan seterusnya menganggu kitaran haid anda.

(7) Perubatan

Anda mungkin makan ubat baru dalam tempoh ini juga merupakan punca haid anda tidak datang.

(8) Berat badan berlebihan

Berat badan yang berlebihan akan menganggu ketidakseimbangan hormone estrogen dalam badan. Kebanyakan haid wanita dan kesuburan kembali normal apabila berat badan mereka menurun.

(9) Terlalu kurus

 Jika anda tidak mempunyai lemak badan yang cukup juga boleh menganggu kitaran haid anda. Ini kerap berlaku kepada sukan atlet. Tempoh haid anda boleh kembali normal semula jika berat badan kembali yang sepatutnya.

(10) Membuat senaman berat


Jika anda menyertai sebuah acara yang melakukan senaman berat seperti marathon juga boleh menganggu ovulasi anda. Ini disebabkan tekanan bertambah ke atas badan anda mencegah kehamilan.

(11) Tersilap kira tarikh


Kitaran haid berbeza untuk semua wanita. Purata kitaran haid yang normal ialah antara 21-35 hari. Akan tetapi terdapat sesetengah wanita yang tidak mempunyai kitaran haid yang teratur. Ramai wanita tidak boleh mengingat tarikh sebenar haid mereka. Oleh itu, anda digalakan mencatat dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan.

(12) Peri-Menopaus

Peri-menopaus adalah tempoh di mana peralihan dari usia reproduktif ke usia tidak reproduktif dimana haid akan berhenti selama-lamanya. Dalam tempoh ini, tempoh haid anda akan berubah ke kurang kerap.

(13) Menopaus

Menopaus adalah apabila anda ovulasi anda tidak berlaku lagi dan haid anda berhenti selama-lamanya.

(14) Ubat pencegahan kehamilan

Pengambilan pil perancang, suntikan ataupun ubat yang boleh menyebabkan perubahan hormon di dalam badan boleh mengganggu kitaran haid anda. Apabila anda berhenti penggunaan ubat pencegah kehamilan, badan anda memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dalam perubahan hormone sebelum tempoh kitaran haid anda menjadi stabil.

(15) Kehamilan


Akhirnya! Ya, tempoh haid anda lewat mungkin kerana anda sedang hamil. Ujian kehamilan air kencing ataupun darah boleh menentukan bahawa anda hamil atau tidak..

Sumber:  http://isyadkisya.blogspot.com

No comments:

Post a Comment