"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Wednesday 9 April 2014

Budak maut dihempap tiang gol

Batu Pahat – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun maut selepas dihempap tiang gol yang tumbang di sebuah padang permainan di Parit Besar di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu, mangsa, Ahmad Ilham Fikri Ahmad Zaki dibawa bapanya ke padang permainan itu bersama dua lagi adik beradiknya untuk beriadah.
Budak maut dihempap tiang gol
Gambar Hiasan
Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, ketika kejadian mangsa bersama abangnya berusia 10 tahun sedang bermain sementara bapanya membawa adik lelaki mangsa berusia setahun mengelilingi padang menaiki basikal.

Menurutnya, dalam tempoh 10 minit selepas itu mangsa dihempap tiang gol yang secara tiba-tiba tumbang tepat mengenai bahagian lehernya menyebabkan pendarahan di kedua-dua telinga dan mangsa tidak sedarkan diri.

“Kejadian itu disaksikan abang mangsa yang sedang bermain dengannya sebelum segera memberitahu kepada bapanya yang berada di padang itu juga. “Mangsa kemudiannya terus dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) namun disahkan sudah meninggal dunia,” katanya kepada Harian Metro di sini, sebentar tadi, lapor myMetro.

No comments:

Post a Comment