"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Wednesday 12 November 2014

MH370: Kapten Tidak Bersalah

Kuala Lumpur: Kapten pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Zaharie Ahmad Shah dianggap tidak bersalah oleh pakar satelit dalam kes kehilangan pesawat itu pada Mac lalu. 

Pakar satelit Michale Exner dipetik berkata, dalang di sebalik kehilangan pesawat MH370 adalah seorang genius teknikal yang mempunyai kemahiran menggodam yang sangat canggih selain mempunyai pengetahuan mendalam bagaimana pesawat Boeing 777 digerakkan. Kenyataannya disiarkan melalui portal berita International Business Times semalam mendakwa Kapten Zaharie tidak mungkin menyebabkan kehilangan pesawat itu berdasarkan siasatan dan kesimpulan dilakukan.

Exner yang menyiasat kehilangan pesawat MH370 secara sukarela percaya wujud peluang untuk menerbangkan Boeing 777 dengan simulator penerbangan. Berdasarkan laporan awal, semua sistem komunikasi pesawat - komunikasi satelit dan sistem lain dipadamkan seseorang kira-kira 40 minit selepas pesawat itu meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China.

“Hampir serentak dengan itu, pesawat MH370 menyimpang jauh dari landasan asalnya. Memusing tajam ke kiri dan dilaporkan terbang kembali ke Semenanjung Malaysia tanpa diawasi zon kawalan trafik udara. “Bagaimanapun Unit Data Satelit atau SDU mampu untuk menghantar mesej elektronik jelas kepada 3F-1 Inmarsat satelit terletak di orbit geosynchronous di atas Lautan Hindi,” katanya.

Exner menyatakan semua sistem komunikasi dimatikan suspek bagi mengelak sebarang bentuk pengesanan.“Selain itu suspek juga dinyatakan mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang protokol laluan lintas udara antarabangsa. 

“Sesiapapun dalang di sebalik kejadian ini menggunakan kemahiran rampasan pesawat yang maju dan dia tahu apabila SDU dihidupkan, semua sistem komputer di dalam pesawat itu akan terus menghasilkan maklumat,” katanya.-Lapor Hmetro
Kuala Lumpur: Kapten pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, Zaharie Ahmad Shah dianggap tidak bersalah oleh pakar satelit dalam kes kehilangan pesawat itu pada Mac lalu.
Pakar satelit Michale Exner dipetik berkata, dalang di sebalik kehilangan pesawat MH370 adalah seorang genius teknikal yang mempunyai kemahiran menggodam yang sangat canggih selain mempunyai pengetahuan mendalam bagaimana pesawat Boeing 777 digerakkan.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8451#sthash.Lrh5zutn.dpuf

Kenyataannya disiarkan melalui portal berita International Business Times semalam mendakwa Kapten Zaharie tidak mungkin menyebabkan kehilangan pesawat itu berdasarkan siasatan dan kesimpulan dilakukan.
Exner yang menyiasat kehilangan pesawat MH370 secara sukarela percaya wujud peluang untuk menerbangkan Boeing 777 dengan simulator penerbangan.
Berdasarkan laporan awal, semua sistem komunikasi pesawat - komunikasi satelit dan sistem lain dipadamkan seseorang kira-kira 40 minit selepas pesawat itu meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Beijing, China.
“Hampir serentak dengan itu, pesawat MH370 menyimpang jauh dari landasan asalnya. Memusing tajam ke kiri dan dilaporkan terbang kembali ke Semenanjung Malaysia tanpa diawasi zon kawalan trafik udara.
“Bagaimanapun Unit Data Satelit atau SDU mampu untuk menghantar mesej elektronik jelas kepada 3F-1 Inmarsat satelit terletak di orbit geosynchronous di atas Lautan Hindi,” katanya.
Exner menyatakan semua sistem komunikasi dimatikan suspek bagi mengelak sebarang bentuk pengesanan.
“Selain itu suspek juga dinyatakan mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang protokol laluan lintas udara antarabangsa.
“Sesiapapun dalang di sebalik kejadian ini menggunakan kemahiran rampasan pesawat yang maju dan dia tahu apabila SDU dihidupkan, semua sistem komputer di dalam pesawat itu akan terus menghasilkan maklumat,” katanya.

No comments:

Post a Comment