"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Monday 17 November 2014

Tiada 'Monday Blues' Untuk Aku..

Salam..

Harini ialah hari isnin yg sibuk.. takde istilah monday blues untuk kerja di ofis.. sebab kerja banyak, tak boleh nak ber'blues'2..  memang kerja kat ofis banyak, dengan mesyuarat sana sini.. ke aku yang tak pandai urus masa.. haha.. tinggal sebulan je lagi sebelum cuti panjang (cuti bersalin).. bolehlah rehatkan minda masa tu..


Sebenarnya jadual harini agak padat.. harini je ada 3 mesyuarat.. mesyuarat belah pagi dah mintak orang gantikan sebab pagi tadi ada temujanji kat klinik pakar O&G, takut habis lewat.. petang pulak ada 2 lagi mesyuarat.. ada orang kata, orang keje gomen ni mesyuarat sana sini tapi hasilnya tak nampak pon.. aku tak setuju yg tu.. well, they can say whatever they want..

Dr kat O&G tu siap offer nak bagi MC tapi aku taknak sebab mengenangkan kerja ngan dah janji ngan bos nak g mesyuarat petangnya.. (komited la sgt kan.. huhu).. takpela, lagipon nanti nak cuti panjang.. hehe.. babaila semua kerja2 ofis ni nnti.. buat sementara je la..

Jadual hari ni.. 8.00 pagi dah keluar g Hospital Melaka.. tak masuk ofis, mintak 'time slip' je kat Dr.. Tengah hari masuk ofis kejap.. siapkan barang nak g mesyuarat.. pukul 2.00 petang gerak g mesyuarat kat pej SUK.. Mesyuarat pukul 2.30 ptg sampai kul 6 lebih.. ada 2 mesyuarat.. lama betulla.. Nak dekat magrib baru sampai rumah..

Esok pun hari yg sibuk gak.. Sediakanlah diriku untuk hari esok.. datang awal.. buat yg terbaik.. haha.. mood memotivasikan diri sendiri.. lalala..

1 comment:

  1. Bila terbaca balik post2 lama masa keje kat melaka ni, no wonder la sampai kena darah tinggi masa tu.. Huhu

    ReplyDelete