"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Sunday 19 April 2015

Ros Jepun Kuning

Assalam.. Pagi ahad ni memang tak ada ke mana-mana. duk rumah je.. Hari ahad adalah hari mengemas rumah.. Bukan hari lain tak kemas rumah tapi hari ahad ni kena lebihkan kerajinan mengemas rumah..haha. Sempatlah siram2 pokok bunga kat luar tu..

Sebelum ni pernah cerita pasal pokok ros jepun yang aku tanam. Beli dari makcik cleaner kat ofis.. lama dah. dah lebih setahun la jugak aku tanam pokok ni.. Alhamulillah masih hidup dan masih mengeluarkan bunga2nya, walaupun pernah hampir mati kelayuan dek kerana ditinggalkan beberapa lama masa balik kampung cuti bersalin haritu..



Kali ni aku ambik gambar bunga yang warna kuning.. sekali tengok macam warna kuning, tengok kali kedua macam warna oren cair.. tak kisahlah, yang penting bunga ni tetap cantik dan comel.. Bila kena cahaya matahari pagi, bunganya akan berkembang mekar.. nanti dah tengah hari sikit, dia kuncup balik. sebab tu ada orang panggil bunga ni bunga pukul sepuluh or in english 'ten-o'clock flower'.. :)..hehe


No comments:

Post a Comment