"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Sunday 26 April 2015

Orkid Pertamaku!.

Selama aku hidup dan bercucuk tanam ni, inilah kali pertama aku nak cuba tanam pokok orkid.. Pokok2 bunga lain dah biasa tanam. Lebih kurang sebulan lepas, aku ada terbeli anak pokok orkid ni.. Pokok n bunganya kecik2 comel je.. Beli Kat pasar tani Kat Wisma Negeri, MITC..


Masa beli tu, aku ada beli baja orkid ni sekali.. Tapi aku tertinggal kat gerai yang jual bunga tu.. Dah sampai rumah, baru perasan baja tu takde.. Bukan rezeki aku agaknya. Takpelah, nanti cari lain.

Mak ngan abah kat kampung memang peminat orkid.. Aku ni tak berapa minat asalnya sebab orkid ni agak manja berbanding pokok2 lain.. Tapi bila aku terpandang pokok orkid ni masa kat pasar haritu, aku jatuh hati la pulak.. Haha. Macam bercinta pulak bunyinya.. Aku akan cuba jaga pokok ni elok2..


Masa beli haritu, bunganya ada banyak.. Tapi lepas dah sebulan ni, bunganya dah banyak layu. Sekarang tinggal 3 kuntum je bunganya.. Harap2 dia tak jemu nak berbunga lagi.. :)

No comments:

Post a Comment