"Everything Happens for A Reason-Allah Knows The Best."

Saturday 18 April 2015

Pentingnya Menjaga Emosi Ibu Hamil

Assalam..

Tengah baca artikel2 online ni, terbaca satu artikel kat akhbar Utusan berkenaan pentingnya menjaga emosi ibu yang tengah hamil.. Wajib untuk ibu2 dan bapak2 sekalian untuk tahu perkara ni.. Aku ringkaskan sikit untuk panduan aku juga bila ada rezeki untuk mengandung lagi nanti. Sekarang ni kena rehat dulu.. kata Doktor, kalau nak mengandung lagi, sebaik2nya tunggu Ammar 2 tahun..

Pentingnya Menjaga Emosi Ibu Hamil

1. Masa paling kritikal untuk diri seseorang itu bukanlah setelah dia lahir, tetapi sebelum dia lahir lagi. Semasa di dalam kandungan adalah masa yang sangat kritikal dalam membentuk sistem kepercayaan diri yang tegar. Kepercayaan diri yang mendalam, positif atau negatif terbentuk sejak seseorang itu masih dalam rahim ibunya melalui apa yang si ibu itu lalui semasa dia mengandung.

2.  Apabila si ibu yang mengandung melalui renjatan emosi, ia boleh memberi kesan buruk kepada anak yang di dalam kandungan, terutamanya dari segi kestabilan emosi anak itu apabila lahir dan membesar nanti.

3.  Pentingnya seorang ibu itu mengawal emosinya dan bantuan orang di sekelilingnya juga penting. Oleh itu para suami, jagalah perasaan isteri terutama semasa mengandung.

4.  Ibu yang mengandung banyak ragamnya, tetapi tidak perlulah diturut semua kerana yang penting ialah melayan emosi dengan baik.

5. Bagi isteri yang dikasari atau sedang mengalami renjatan emosi, kuatkan jiwa dan hati anda. Apakah yang anda boleh lakukan:
  • Berdoa supaya Allah terus menjaga anak di dalam kandungan dan terlindung daripada renjatan emosi yang terjadi hasil tekanan emosi yang mungkin sedang dilalui.
  • Bercakaplah perkara positif kepada anak itu. Katakan betapa anda mengasihi dia.
  • Anda juga perlu berusaha memaafkan suami anda atau sesiapa juga yang menyinggung perasaan atas keburukan tingkah-lakunya.
  • Banyak bersolat hajat dan membaca al-Quran. Supaya hati dan jiwa menjadi tenang.
  • Setiap hari apabila berdoa dan selepas berdoa, ambil masa menggambarkan akan aman dan indahnya rumah tangga anda.Gambarkan yang baik-baik.
6. Bagi para isteri yang mempunyai suami yang prihatin, ucapankan kata-kata penghargaan, hantarlah mesej terima kasih kepada mereka.


No comments:

Post a Comment